Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik

Sains - Tingkatan 1
Bab 1: Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik

Maksud Sains
Sains ialah suatu kajian yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik tentang fenomena semula jadi.

Bidang sains yang utama:
Astronomi
Kajian tentang planet,bintang dan jasad-jasad di angkasa lepas
Biologi
Kajian organisma hidup
Fizik
Kajian tentang jirim, tenaga, daya, dan pergerakan
Geologi
Kajian batu, mineral dan struktur Bumi
Kimia
Kajian tentang komposisi dan sifat kimia bahan-bahan
Meteorologi
Kajian tentang cuaca dan iklim

Radas di Makmal Sains:

Fungsi dan kegunaan beberapa radas di makmal
Piring sejat
Membenarkan penyejatan daripada larutan
Corong turas
Mengasingkan pepejal tak larut daripada larutan
Bikar dan kelalang kon
Mengisi bahan kimia atau mengumpul cecair
Kelalang dasar bulat
Mengisi bahan kimia dalam penyediaan gas semasa pemanasan
Tabung uji
Mengisi kuantiti bahan yang sedikit
Silinder penyukat, buret dan pipet
Menyukat isi padu cecair
Tungku kaki tiga
Menyokong radas semasa pemanasan

 Simbol
Contoh 
Menghakis
Asid dan alkali pekat, bromin, hidrogen peroksida 
Mudah terbakar
Petrol, etanol, kerosin, eter 
 Toksik
Merkuri, kloroform, plumbum, benzena, hidrogen sulfida, natrium sianida, bromin 
 Mudah meletup
Natrium, kalium, asid dan alkali pekat, campuran hidrogen dan udara 
Merengsa
Ammonia, alkohol, klorin, wap bromin, kloroform 
Radioaktif
Uranium, radium, plutonium 

Share on Google Plus

About Cikgu Kini

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment